Connect with us

Oh! Media

“Hang Rakam Apa?” – Tular Video Dakwaan Pelawak Buat Hal Lagi?

Cover Photo Om 1200 X 675 31

Trending

“Hang Rakam Apa?” – Tular Video Dakwaan Pelawak Buat Hal Lagi?

Di Twitter, tular video memaparkan seorang lelaki didakwa mirip pelawak terkenal sedang berurusan jual beli ‘barang’ di kawasan gelap. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunggu di dalam kereta sebelum dia didatangi individu lain yang menunggang motosikal.

BACA: Pelawak Terkenal Ditangkap Polis Disyaki Jadi Bapa Ayam

Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba berang apabila menyedari urusan tersebut sedang dirakam. Dia bergegas keluar daripada kenderaan jenis Perodua Myvi dan meluru ke arah si perakam.

IKLAN
Video

Woi! Hang rakam apa?

Individu tersebut menjerit dalam loghat Utara bertanyakan apa yang sedang dilakukan perakam itu. Rakaman terhenti selepas mereka seolah-olah bergaduh.

Di ruangan balas, netizen berteka teki siapakah gerangan individu yang berada di dalam video memandangkan ianya tidak jelas dan gelap. Tak kurang juga yang mendakwa video ini adalah palsu berdasarkan gerak geri pelaku yang seperti dibuat-buat.

Setakat ini, individu yang didakwa mirip pelawak dalam video tular belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan oleh sesiapa. 

Kredit: Harian Metro, Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas