Connect with us

Oh! Media

Hampir Tak Kenal Wajah Isteri Lepas Tanggal Mekap, Suami Nekad Bercerai Di Malam Pertama Kahwin

Mekap Isteri

Trending

Hampir Tak Kenal Wajah Isteri Lepas Tanggal Mekap, Suami Nekad Bercerai Di Malam Pertama Kahwin

Rasa tertipu menjadi punca mengapa seorang lelaki di Beijing, China nekad untuk menceraikan isteri tak sampai sehari berkahwin.

BACA: Suami Terkejut Lihat Isteri Tanpa ‘Makeup’, Minta Cerai Selepas Sebulan Kahwin?

Memetik laporan Kosmo!, lelaki itu terkejut selepas melihat wajah sebenar isterinya yang berusia 47 tahun tanpa solekan pada malam pertama perkahwinan mereka.

IKLAN

Terkejut tengok wajah isteri tanpa mekap

Cerai Isteri
Sekadar gambar hiasan

Si suami dikenali sebagai Cao merasakan dirinya telah diperdaya selepas isterinya, Trang menanggalkan mekap. Katanya, dia hampir tak mengenali wanita itu dan memutuskan untuk berpisah.

Dia menghalau Trang keluar daripada rumah namun Trang memberi dua pilihan kepada suaminya.

Yang pertama, perkahwinan itu perlu diteruskan dan mereka tinggal bersama. Yang kedua ialah, Cao perlu membayar pampasan sebanyak 200,000 yuan (RM127,797) jika mahu bercerai.

Cao yang berusia 30 tahun berkenalan dengan Trang di media sosial. Dia terpikat dengan peribadi Trang yang penyayang, yakin dan matang. Malah semasa berjumpa, Trang sentiasa tampil cantik dan bergaya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas