Connect with us

Oh! Media

Hampir Dua Tahun, Pendapatan Pemandu Teksi Hanya RM10 Sehari?

rm10

Trending

Hampir Dua Tahun, Pendapatan Pemandu Teksi Hanya RM10 Sehari?

Covid-19 telah menjadikan ramai orang kehilangan kerja dan dibelenggu masalah kesempitan wang ringgit. Di Pasir Puteh Kelantan, lebih kurang 70 pemandu teksi terkesan dengan pandemik yang hampir dua tahun berlaku ini dan hanya memperoleh gaji harian RM10 sehari.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Kongsi Pengalaman Kerja Petik Buah Di New Zealand, Gaji RM540 Sehari

Menerusi laporan Utusan, Nor Hazilan Idris, Pengerusi pemandu teksi di Pasir Puteh mengatakan bahawa lokasi stesen perhentian teksi yang tidak sistematik juga menjadi punca mereka tidak memperoleh ramai pelanggan.

Penduduk tempatan guna kenderaan sendiri

rm10
Bantuan kepada pemandu teksi (Foto: Utusan)

Menurut Hazilan Idris, penduduk tempatan yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak kemana-mana membuatkan trip popular di kawasan itu semakin sepi.

Bukan pemandu teksi sahaja yang terkesan. Ia turut melibatkan perkhidmatan bas yang telah menghentikan perkhidmatan mereka di laluan ini kerana ketiadaan penumpang.

Sudahlah pengangkutan awam semakin tidak popular, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan menjejaskan lagi keadaan kami.

Hazilan juga mengucapkan rasa syukur apabila ada Ahli Parlimen Pasir Puteh yang prihatin memberi bantuan kepada pemandu teksi yang terkesan sejak pandemik Covid-19.

Mereka ini tidak berputus asa begitu sahaja demi mencari sesuap nasi. Ada di antara mereka yang membuat pekerjaan lain demi menambah sumber pendapatan, seperti menternak lembu secara kecil-kecilan. Hal ini dilakukan oleh Nik Hassan Nik Ismail, 68 tahun yang membuat kerja sampingan demi menambah pendapatan.

Sejak dua tahun lalu, pendapatan saya dalam RM10 sehari, kadang-kadang tidak ada langsung. Kalau dapat raih RM20 sehari itu ibarat rezeki tambahan. Dalam keadaan penumpang tidak ramai, kami juga perlu bergilir-gilir mengambil penumpang.

Dulu kami boleh hidup kerana ada ramai pelancong, terutama dari luar negara yang mahu menggunakan perkhidmatan kami ke Kuala Besut sebelum menaiki bot ke Pulau Perhentian. Sekarang itu hanya tinggal kenangan.

Sedih mengenangkan nasib mereka yang terkesan akibat dari pandemik Covid-19 ini. Semoga negara kita cepat pulih dari Covid-19 dan tiada lagi sekatan yang dilakukan kerajaan kerana itu akan memberi kesan yang lebih buruk buat mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas