Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kongsi Pengalaman Kerja Petik Buah Di New Zealand, Gaji RM540 Sehari

Trending

Lelaki Kongsi Pengalaman Kerja Petik Buah Di New Zealand, Gaji RM540 Sehari

Pekerjaan sebagai pemetik buah di luar negara sememangnya menjanjikan pendapatan lumayan. Sebab itulah ramai dalam kalangan anak muda merantau ke negara orang mengumpul wang yang banyak untuk dibawa pulang ke tanah air.

ADVERTISEMENT

BACA: Perniagaan Merosot Akibat GST, Nekad Jadi Pemetik Epal Di Australia Bergaji RM2,000 Seminggu

Seperti pengalaman yang dikongsi pengguna TikTok ini, dia yang bekerja sebagai pemetik buah-buahan di sebuah ladang di New Zealand mendapat pendapatan purata RM540 untuk sehari.

new zealand

Kalau ada stamina/will yang kuat, boleh cuba job ni.

Dalam perkongsian itu, dia mendedahkan keluar bekerja seawal jam 5.50 pagi setiap hari. Gaji pula dikira mengikut ‘bucket’ (baldi).

new zealand

Purata sejam dia dapat memetik sehingga 3 baldi buah. Untuk setiap baldi, dia menerima bayaran sebanyak RM18. Kerja juga dilakukan santai sahaja bersama rakan-rakan yang lain. Sambil kerja, sambil makan buah katanya!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tertarik dengan pengalaman kerja serta bayaran yang diterima lelaki ini. Ramai juga yang bertanya tips untuk memohon kerja di sana, namun lelaki ini menjawab buat masa sekarang mungkin sukar ekoran situasi pandemik yang melanda dunia.

Perkongsian penuh:

@saudalgar

Kalau ada stamina/will yg kuat, boleh cuba job ni 💪😄 ##saudalgar ##travel ##newzealand ##fruit ##fruitpicking

♬ Taste – Tyga

Kredit: TikTok @saudalgar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas