Connect with us

Oh! Media

Hafiz Suip Derita, Netizen Titip Doa Dan Beri Sokongan

Hafiz Suip

Trending

Hafiz Suip Derita, Netizen Titip Doa Dan Beri Sokongan

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya kini berdepan masalah batu karang dalam buah pinggang.

Namun begitu, Hafiz memilih untuk kekal positif dan reda menerima ujian kesihatan ini. Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

“Sakit sihat milik Allah” – Hafiz Suip

6c2ab910 b99e 4dea 8986 93d278dd31a1

Dalam perkongsian video berkenaan, Hafiz dilihat menjalani beberapa prosedur perubatan sambil menunjukkan gaya ‘thumbs up’ tanda dia masih dalam keadaan baik.

IKLAN

Alhamdulillah… dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang… #sakitsihatmilikAllah.

Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tahap penyakit atau rawatan yang dijalani, semangat Hafiz yang tetap tenang dan bersyukur mendapat perhatian ramai.

Peminat titip doa dan sokongan

9801a43a 5010 4df7 be65 b597eb8c3a91

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat turut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh serta dipermudahkan urusan rawatan.

Semoga dipermudahkan segala urusan kesihatan Hafiz. Stay strong!

Teruskan positif bro! Allah uji tanda sayang.

Pssttt! Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai. Bila diuji, kuatkan hati dan terus berusaha sembuh. Positifkan diri, kerana semangat juga adalah sebahagian dari rawatan.

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas