Connect with us

Oh! Media

Guru Wanita Didakwa Bercinta Dengan Pelajar Lelaki Kini Dalam Siasatan Polis

guru wanita

Trending

Guru Wanita Didakwa Bercinta Dengan Pelajar Lelaki Kini Dalam Siasatan Polis

Baru-baru ini Ohmedia ada kongsikan artikel tentang seorang guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun. Hubungan mereka itu didedahkan kakak kepada pelajar terbabit dan menjadi kecoh di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru SMK Ada Suami & 5 Anak Kantoi Jalin Hubungan Dengan Pelajar Berusia 17 Tahun

Terbaru, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan telah menerima laporan polis pada Disember tahun lalu.

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan.

Difahamkan semua pihak yang terlibat sudahpun dipanggil untuk disiasatan termasuklah pelajar dan guru terbabit.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seks Terhadap Kanak Kanak 2017.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas