Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tegaskan, guru yang bercadang untuk melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu.
Garis panduan yang jelas sudah pun wujud bagi mengawal selia perkara ini.
KPM tegaskan guru perlu mohon kebenaran untuk kerja sambilan
Menurut Fadhlina, keperluan ini bertujuan memastikan tugas hakiki sebagai pendidik tidak terganggu.
Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki.
Fokus PDP adalah keutamaan
Menteri Pendidikan itu turut mengingatkan guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP.
Nafi dakwaan isu pertukaran guru akan segera dilakukan jika tular di media sosial
Fadhlina menafikan dakwaan bahawa permohonan guru untuk bertukar lebih mudah diproses jika isu tersebut menjadi tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa semua permohonan perlu mengikuti proses yang ditetapkan oleh KPM.
Keutamaan kita dalam pertukaran adalah untuk memastikan pendidikan tidak terjejas. Faktor seperti jarak jauh, keselamatan, dan kesihatan sentiasa dipertimbangkan. Setakat ini, sebab paling banyak untuk pertukaran adalah pasangan jarak jauh.
Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan pertukaran dibuka sepanjang tahun, tetapi hanya akan diproses semasa cuti sekolah sahaja.
#OhmediaNasihat
Sebagai guru, tanggungjawab terhadap pembelajaran adalah keutamaan. Jika perlu melakukan kerja sambilan, pastikan mematuhi peraturan KPM dan tidak mengabaikan tugas hakiki.