Connect with us

Oh! Media

Guru Paling Cantik Di China Dituduh Perguna Murid Susah Untuk Kumpul Dana?

guru cantik

Trending

Guru Paling Cantik Di China Dituduh Perguna Murid Susah Untuk Kumpul Dana?

Sebelum ini pihak media dari China ada menggelar seorang guru di sana sebagai guru paling cantik di China. Guru itu dikenali sebagai Gina Long Jingjing, 28 tahun dan menerima pujian ramai selepas giat membantu anak-anak di sekolah luar bandar.

ADVERTISEMENT

Gina yang mendapat sarjana dalam kerja sosial di Universiti Columbia, New York itu bagaimanapun tiba-tiba dituduh penipu selepas mengwujudkan tabung derma daripada orang ramai tanpa kebenaran.

Perkara in didedahkan seorang lelaki yang membuat laporan kepada Biro Hal Ehwal Sivil Changsha bahawa guru cantik itu membuat tabung derma tanpa lesen.

Gina turut mengakui dia telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan kod QR dalam talian untuk sumbangan. Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah dengan alasan tidak menyedari tindakan mengumpul derma melanggar undang-undang.

Mengubah dunia komitmen serius. Sepanjang dekad yang lalu, saya sudah membantu 1,500 orang, mengumpulkan derma bernilai 1.93 juta yuan (kira-kira RM 1.25 juta) dan menganjurkan 112,025 kelas untuk kanak-kanak. – Kata Gina.

Gina juga menegaskaa sumbangan itu ditubuhkan semata-mata ingin menyokong pendidikan luar bandar China dan tidak berniat untuk menggunakannya untuk kegunaan peribadi seperti didakwa. Pihak berkuasa China sedang giat melakukan penyiasatan buat masa ini.

Kredit: South China Morning Post

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas