Connect with us

Oh! Media

Guna PATI Sebagai Pekerja, ‘Shopping Mall’ Terkemuka Diserbu!

pekerja

Trending

Guna PATI Sebagai Pekerja, ‘Shopping Mall’ Terkemuka Diserbu!

Kejadian di sebuah kompleks beli-belah di Solaris, Dutamas Kuala Lumpur, seramai 13 pekerja lelaki warga India ditahan dalam satu serbuan kerana bekerja secara haram.

ADVERTISEMENT

BACA: Sarang Pelacuran Banglo Mewah Diserbu, Transporter Diupah RM100 Satu Trip

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menyatakan, serbuan yang dilakukan pada jam 3 petang itu telah dapat menahan semua warga asing yang sudah tamat program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) pada 31 Disember lalu.

Warga asing cuba tukar pakaian untuk berlakon jadi pengunjung

pekerja

Menurut Khairul Dzaimee, seramai 38 pegawai Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen telah menyerbu pusat beli belah tersebut pada jam 3 petang.

Operasi dijalankan di kawasan pusat perniagaan lot premis lima tingkat melibatkan pemeriksaan ke atas 60 orang warga asing, manakala didapati premis tersebut kebanyakan menggaji warga asing sebagai pemandu parkir valet, pengawal keselamatan, tukang cuci dan jurujual.

Malah semasa serbuan, warga asing ini cuba menukar pakaian seragam untuk berlakon sebagai pengunjung bagi mengelak dari ditahan pihak berkuasa, tetapi usaha terbabit tidak berjaya sekali gus menyaksikan seramai 13 orang lelaki warga India telah ditangkap kerana kesalahan salah guna pas dan tinggal lebih masa.

Seorang lelaki tempatan juga telah dikenakan notis untuk beri keterangan bagi membantu kes siasatan.

Sanggup mereka cuba-cuba nak berlakon jadi pengunjung ya. Semoga pihak atasan beri pengajaran bukan sahaja kepada warga asing ini, tetapi kepada majikan yang bertanggungjawab mengambil mereka sebagai pekerja.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas