Connect with us

Oh! Media

“Geli Wei Nak Makan” – Kieda ‘Refund’ Duit Pelanggan Lepas Makanan Kena Hina

kieda

Trending

“Geli Wei Nak Makan” – Kieda ‘Refund’ Duit Pelanggan Lepas Makanan Kena Hina

Seorang wanita tampil bersemuka dengan usahawan Kieda Crepe meminta maaf di atas ketelanjurannya mengkritik makanan secara melampau.

Kejadian bermula apabila wanita tersebut memuat naik reviu jujurnya di media sosial, mendakwa crepe viral itu tidak sedap dan langsung tidak berbaloi dengan hype yang diterima.

IKLAN

“Geli wei nak makan, nak muntah”

Dalam kapsyen yang penuh emosi, dia turut mempersoalkan cita rasa orang ramai yang selama ini memuji produk berkenaan.

kieda crepe

Lebih teruk lagi apabila wanita berkenaan turut menghina makanan dan mengatakan beliau hampir termuntah apabila memakannya.

Namun, isu itu nampaknya selesai apabila wanita dikenali sebagai Kak Zaza tampil menjelaskan bahawa dia menyesal dengan tindakan tersebut dan mengakui telah membuat kesilapan.

Tampil mohon maaf, Kieda bayar balik

Pengasas Kieda Crepe, Khalieda Yusra menerima permohonan maaf itu dan berharap ianya tidak berulang lagi.

Dia dah mai berjumpa kieda, dia cakap Kieda takda masalah apa dengan dia pun. Tapi dia saja update macam tu. Kejap lagi Kieda akan update video permohonan maaf dia.

Kieda juga telah membayar balik duit pelanggan terbabit dan berharap mana-mana pelanggan yang tidak berpuas hati tampil ke depan untuk mengambil ‘refund’, bukannya memburukkannya di media sosial.

Pssttt! Kejadian ini sekaligus membuka mata ramai bahawa dalam dunia digital, setiap kata-kata dan tindakan di media sosial boleh memberi kesan besar kepada reputasi individu mahupun sesebuah syarikat.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas