Trending
“Demi #FYP Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang” – Kieda Crepe Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkannya
Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal Kieda Crepe mendakwa ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan perniagaannya.
Menerusi satu hantaran di TikToknya, Kieda mendakwa, pihak itu berbuat demikian kerana ingin meraih perhatian dan demi konten semata-mata.
Demi #fyp sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri sedangkan kebanyakkan semua orang berniaga juga.
Cakap la apa pun, saya tetap dengan cara saya. Naiklah tanpa memburukkan orang demi tunjuk baik kita.
Kieda bagaimanapun telah menutup ruangan komen untuk perkongsian tersebut.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan pihak mana yang dimaksudkan oleh usahawan terkenal ini.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM