Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Terima Dos Penggalak Berlainan Jenis, Jerman Halau Dua Rakyat Malaysia?

jerman

Trending

Gara-Gara Terima Dos Penggalak Berlainan Jenis, Jerman Halau Dua Rakyat Malaysia?

Pihak berkuasa Jerman telah menghalau dua rakyat Malaysia keluar dari negaranya setelah mendapati mereka menerima dos penggalak yang berlainan jenis daripada dos pertama dan kedua.

ADVERTISEMENT

BACA: KKM Luluskan Satu Lagi Vaksin Sebagai Dos Penggalak?

Menerusi laporan Utusan, perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP), Wan Shairi Wan Ahmad.

Harap pihak Kedutaan Besar Malaysia beri bantuan

jerman

Niat untuk pergi bercuti bersama ibu bapa di Eropah telah terbatal apabila dua beradik ini diarahkan pulang menaiki penerbangan TK 1526 pesawat Tur­kish Airlines dari Dusseldorf, Jerman yang berlepas pada jam 2.45 petang, semalam.

Mereka berdua berasa kesal dengan tindakan pihak berkuasa Jerman yang melayan mereka seperti melakukan kes yang serius. Walaupun ibu bapa mereka berjaya masuk ke Jerman, namun mereka terkandas kerana menerima dos penggalak Cominarty selepas dos primer jenis Sinovac.

Wan Shairi mengharapkan Kedutaan Besar Malaysia di Berlin dapat menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang dihalau keluar dari Jerman.

Kami tidak pasti jika berlaku salah faham dengan pihak berkuasa Jerman mengenai status dos penggalak, tetapi pengusiran ini amat mendukacitakan kami. – Hajah Roslen

Hajah Roslen yang merupakan jurucakap Interleisure & Event Management Sdn. Bhd berharap pihak Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah ini dengan pantas kerana ia akan beri kesan kepada perjalanan rakyat Malaysia yang mahu ke negara luar.

Semoga KKM dapat memberikan penjelasan akan status penerimaan rakyat Malaysia jika berada di luar negara. Takkan tak boleh masuk negara luar kalau terima dos penggalak yang berbeza daripada dos primer kan?

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas