Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Nombor Kad Pengenalan, Wanita Rugi RM4,000

Kad

Trending

Gara-Gara Nombor Kad Pengenalan, Wanita Rugi RM4,000

Baru-baru ini, terdapat banyak kejadian melibatkan pencurian wang dalam jumlah yang besar oleh sebab kelalaian seseorang individu.

BACA: Wanita Nak Beli Kucing Rugi Lebih RM30k Sebab Scammer?

Pelbagai kaedah curi yang semakin menjadi-jadi setakat ini termasuklah penipuan serta scammer di atas talian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang mengiurkan.

IKLAN

Hal itu termasuklah kelalaian dalam penjagaan kad debit yang menjadi tempat bagi segelintir masyarakat untuk menyimpan jumlah duit yang banyak.

Guna nombor kad pengenalan sebagai kata laluan

Seorang wanita terpaksa menanggung kerugian apabila dompetnya yang dipercayai ditinggalkan dalam raga motosikal dicuri oleh seseorang individu.

Menerusi hantaran di laman Facebook bernama Pantai Dalam Community, wanita tersebut yang dikenali sebagai Nor Ahida Ishak memaklumkan tentang kejadian itu.

Menurutnya, dia mengalami kerugian sebanyak RM4,000 iaitu wang yang disimpan dalam 3 bank berbeza dan menyedari baki wangnya hanya tinggal sebanyak RM12 selepas diperiksa secara online.

Selain itu, wanita itu turut mengakui kesilapannya menggunakan nombor kad pengenalan diri sebagai kata laluannya sehingga memudahkan pencuri mengakses kad tersebut.

Screenshot 1023

Berlaku beberapa transaksi

Menurut laporan Kosmo, wanita itu berkata terdapat beberapa transaksi pengeluran lebih RM4,000 ketika dia berhasrat melakukan pemindahan wang pada petang tadi.

Kejadian pagi tadi tetapi saya baru sedar petang ini. Tengok baki cuma tinggal RM12. Bila semak akaun bank lain semuanya sudah ada rekod pengeluaran duit.

Saya sudah telefon semua bank untuk sekat kad tersebut. Tetapi sudah terlambat. Sedih sungguh sebab susah hendak kumpul duit sebanyak itu.

Menurutnya, kebanyakan duit merupakan hasil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Dia berharap agar kad-kad serta begnya dapat dikembalikan semula.

Sebagai ikhtiar untuk menolong, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Nor Ahida di talian 013-272 2048.

Kredit: Facebook Pantai Dalam Community I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas