Connect with us

Oh! Media

Trending

Gara-Gara Nak Elak Dari Diperiksa Polis, Kereta Dinaiki Dua Individu Terbabas

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kesalahan jenayah telah berlaku di negara ini dan segelintirnya telah berjaya diberkas oleh kerana kecekapan pihak berkuasa menjalankan tugas.

BACA: Kereta Nyaris Terbabas Dilempar Batu, Polis Percaya Ada Unsur Khianat?

IKLAN

Hal itu termasuklah kesalahan-kesalahan seperti pengedaran serta penyalahgunaan dadah yang dilihat merupakan aktiviti utama sesetengah individu untuk mengaut keuntungan segera.

Kereta dipandu dua Individu terbabas selepas pecut dari pemeriksaan polis

Namun, terdapat juga sebuah kejadian apabila dua individu yang dipercayai terlibat dalam penggunaan dadah nekad melarikan diri dari dicekup pihak berkuasa.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka selepas kenderaan yang dinaiki suspek terbabas ke dalam sebuah lubang sebelum ditahan pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, kejadian bermula semasa pihaknya sedang melakukan rondaan di Kampung Bendang Nyior, Tanah Merah.

Ketika rondaan, polis telah terserempak dengan sebuah kenderaan Proton Waja yang dinaiki dua individu dan dalam keadaan yang mencurigakan pada jam 5.35 petang semalam.

Tidak menunggu lama, kenderaan tersebut terus ditahan bagi membuat pemeriksaan, namun lain pula yang jadi selepas suspek bertindak memecut kenderaanya untuk melarikan diri.

Apabila kereta peronda polis mengarahkan pemandu berhenti untuk membuat pemeriksaan, suspek bertindak memecut kenderaannya untuk melarikan diri.

Dengan bantuan unit kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal (URB), kami mengejar kenderaan itu sehingga ke Kampung Manal iaitu sejauh 10 kilometer (km).

Pemandu alami kecederaan ringan, positif dadah

Zainuddin berkata, kenderaan yang dinaiki suspek bagaimanapun terbabas dan kedua-dua suspek didapati hanya mengalami kecederaan ringan.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dipandu suspek berusia 29 dan 31 tahun itu tidak menemukan sebarang barang terlarang, namun pemandu tidak memiliki lesen memandu

Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati kedua mereka positif dadah jenis methampethamine

Tambahnya, permohonan reman sedang dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan (KK) dan Peraturan 25 (1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas