Connect with us

Oh! Media

Gangguan Seksual Dalam Kalangan Pelajar, UiTM Akan Ambil Tindakan Serius

Trending

Gangguan Seksual Dalam Kalangan Pelajar, UiTM Akan Ambil Tindakan Serius

Baru-baru ini tular di media sosial apabila beberapa orang pelajar membongkarkan pengalaman mereka dengan seorang tenaga pengajar yang melakukan gangguan seksual ke atas mereka.

ADVERTISEMENT

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM berkata, mereka memandang serius dakwaan gangguan seksual ini dan jawatankuasa siasatan dalaman sudah diarahkan untuk meneliti segala dakwaan berkenaan.

“UiTM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang mengambil kesempatan atau menyalah guna kuasa mereka.

“UiTM amat mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kualiti seluruh warganya, khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi.

“Orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kebajikan, keselamatan dan hal ehwal pelajar adalah keutamaan universiti.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terbabit mengikut peraturan dan ketetapan universiti yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

UiTM juga menyatakan komitmen mereka untuk menangani segala dakwaan dan masalah yang dibangkitkan.

Pada masa yang sama, UiTM sudah pun membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan proses siasatan dijalankan.

Kredit : BeritaHarian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas