Connect with us

Oh! Media

Trending

[FOTO] Penangan PKP, Penyewa Lari Tinggal Rumah Penuh ‘Sampah’!

Sebagai seorang penyewa yang bertanggungjawab, seseorang hendaklah menjaga amanah dengan baik. Janganlah pula mengambil sambil lewa sehingga sanggup merosakkan harta benda orang lain.

Seperti perkongsian pengguna Facebook Inca Madina ini, penyewa dikatakan lari meninggalkan rumah dalam keadaan yang sangat kotor. Menerusi foto yang dimuat naik, penyewa bukan sahaja meninggalkan sampah sarap malah beberapa bahagian rumah juga telah rosak.

IKLAN

Penyewa dah lari tingglkan rumah dalam keadaan macam ni. Nak menangis rasa #penangan PKP. Weekend kita kasi clean up & make over balik. Al-basyarah to al-beserah.

Terkejut melihat rumah dalam keadaan yang sungguh menyedihkan, wanita ini perlu mengambil masa pada hujung minggu untuk mencucinya semula. Tengok sahajalah sampah sarap yang ditinggalkan tu, memang melampau!

Di bahagian komen, wanita ini menjelaskan rumah tersebut disewa oleh individu warga asing. Lebih menyedihkan tiada bayaran deposit diambil di atas sebab-sebab tertentu.

Kredit: Inca Madina

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas