Connect with us

Oh! Media

FoodBank Ada Untuk Semua Di Elewsmart, Boleh Ambil Apa Sahaja Yang Diperlukan

Trending

FoodBank Ada Untuk Semua Di Elewsmart, Boleh Ambil Apa Sahaja Yang Diperlukan

Semua sedia maklum yang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berjaya membuka 10 cawangan pasar mini miliknya iaitu Elewsmart di sekitar Lembah Klang yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan menawarkan barangan dengan harga terendah.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew juga telah mengumumkan untuk membuka 30 lagi cawangan pasar mini ini di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, satu usaha lagi telah dilakukan Ebit Lew dengan menyediakan Food Bank di setiap cawangan berkenaan.

Doakan yer. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Percuma jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. – Kongsi Ebit Lew di Facebook.

Ebit Lew juga menggalakkan orang ramai untuk turut sama-sama membantu untuk meletakkan makanan di Food Bank dan setiap hari Elewsmart turut akan meletakkan barangan asas untuk memastikan golongan yang memerlukan ini dapat bekalan setiap hari.




Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas