Connect with us

Oh! Media

“Fitnahnya Terlalu Besar”- Mapim Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Wanita Tanggal Pakaian

mapim

Trending

“Fitnahnya Terlalu Besar”- Mapim Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Wanita Tanggal Pakaian

Dalam masa kita menyambut Hari Raya Korban, ada pula orang yang menghina diri dan agamanya sendiri. Siapa lagi kalau bukan perempuan tanggal pakaian dekat kelab komedi baru-baru ni. Memang sengaja nak mencabar kesabaran orang Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Bertudung Bangga Hafal 15 Juzuk Quran Sebelum Tanggal Baju Separuh Bogel! Ini Satu Penghinaan

Tindakan seumpama itu jelas menunjukkan dia telah melanggar enaken agama Islam negeri sedia ada. Perkara itu dinyatakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Ini apabila wanita itu telah sengaja mencemar imej agama Islam dan tindakan tegas perlu diambil terhadapnya.

Tidak ada kompromi dan kena bagi hukuman keras

Kami merasa sangat kesal jika umat Islam marah kepada orang bukan Islam menghina Islam, apatah lagi oleh orang Islam sendiri, kerana fitnahnya terlalu besar.

Kami juga kesal dan menyatakan bantahan keras terhadap wanita yang secara terang terangan telah menghina Islam dalam suatu majlis yang ditonton oleh ramai orang.

Diharapkan perbuatan biadap seperti ini tidak diikuti mana-mana individu lagi terutamanya mereka yang beragama Islam.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas