Connect with us

Oh! Media

Fazley Yaakob Dedah Dapat Gambar ‘Panas’ Dari Mak Cik 66 Tahun!

Fazley Yaakob

Trending

Fazley Yaakob Dedah Dapat Gambar ‘Panas’ Dari Mak Cik 66 Tahun!

Selepas sah bergelar duda, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob nampaknya tak sunyi daripada perhatian kaum wanita, dari yang muda hingga yang berusia, semuanya cuba ‘mengorat’!

Menurut laporan Harian Metro, Fazley mendedahkan ada seorang wanita berusia 66 tahun menghantar gambar baju dalam kepadanya menerusi DM. Awalnya disangka akaun palsu, namun rupa-rupanya akaun betul!

IKLAN

Baru saja dia muat naik gambar cucu. Saya tanya, ‘Makcik umur berapa?’, dia jawab, ‘Saya dah 66’.

Fazley Yaakob kena hon dekat jalan, diminta imbas WhatsApp!

Fazley Yaakob

Kisah ‘sweet’ tak terhenti di situ. Menurut Fazley, seorang wanita muda pernah menegur dan hon keretanya di lampu isyarat semata-mata untuk bagi nombor telefon!

Dia buka QR WhatsApp dan cakap, ‘Bang, scan WhatsApp saya’.

Fazley pada awalnya menyangka dia terlupa bayar sesuatu, tapi sebenarnya wanita tu nak bagi nombor! Power betul cara orang sekarang.

Bukan saja Fazley jadi tumpuan, malah anak-anak dia pun turut ‘dibooking’! Ada janda yang DM dan kata nak jadikan anaknya menantu mereka, siap hantar saiz baju nikah sekali.

Dilabel jejaka seksi, gara-gara seluar gim!

Fazley Yaakob

Yang kelakarnya, Fazley turut dilabel sebagai jejaka seksi hanya kerana memakai seluar pendek ketika bersenam dan bermain badminton.

Saya memang pakai macam tu dari dulu, masa masih suami orang pun. Tapi sekarang baru orang nak kecoh.

Pssttt! Bila dah jadi figura umum, perhatian dari orang ramai memang tak dapat dielakkan. Tapi, tetaplah jaga batas pergaulan. Terbaik Datuk Fazley!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas