Trending
Farm Fresh Kini Keluarkan Mentega, Ini Apa Kata Netizen Yang Dah Cuba!
Farm Fresh yang merupakan jenama tenusu tempatan terkenal kini mencuri perhatian ramai selepas melancarkan produk terbaru mereka iaitu mentega!
Menerusi satu hantaran di Instagram, mentega ini hadir dalam dua pilihan iaitu bergaram (Salted) dan tidak bergaram (Unsalted)
Lebih menarik, mentega Farm Fresh mengandungi 80% lemak susu dan setiap pek seberat 200 gram!
Harga berpatutan dan ada cop halal jakim
Salah satu faktor yang buat produk ini viral adalah harganya yang mesra poket dengan hanya RM10.90 untuk satu pek.
Farm Fresh juga memastikan produk ini mendapat sijil Halal Jakim, menjadikannya pilihan selamat untuk pengguna Muslim.
Pembeli puas hati!

Tinjauan di media sosial menunjukkan ramai pembeli berpuas hati dengan kualiti mentega ini.
Standard sama macam jenama antarabangsa, tapi harga lebih murah!
Ada juga yang memuji tekstur & rasa mentega ini yang dikatakan setanding dengan jenama premium di pasaran.
#ApaKataOhmedia
Jenama tempatan semakin berkembang dan berkualiti! Jom kita sokong produk Malaysia yang bukan sahaja sedap, tapi juga berpatutan dan halal.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM