Connect with us

Oh! Media

Fahmi Fadzil Akhirnya Bersuara Dan Perjelas Mengenai 3 Penyampai Radio Era

Fahmi fadzil penyampai radio ohmedia

Trending

Fahmi Fadzil Akhirnya Bersuara Dan Perjelas Mengenai 3 Penyampai Radio Era

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap tiga penyampai radio yang terbabit dalam kontroversi menghina penganut agama Hindu.

Menurut laporan Harian Metro, Fahmi Fadzil juga berkata yang ketiga-tiga mereka sudah memohon maaf dan telah pun digantung tugas oleh stesen radio terbabit.

Mereka juga sudah menghadapi tekanan yang besar sepanjang isu ini berlaku sejak beberapa hari lalu.

MBSB dikenakan kompaun RM250,000

Ohmedia era

Walaupun tiada tindakan terhadap individu, Maestra Broadcast Sdn Bhd (MBSB) iaitu syarikat pengendali stesen radio berkenaan dikenakan kompaun RM250,000 kerana gagal mematuhi syarat lesen MCMC.

IKLAN

Sebagai pemegang lesen, mereka bertanggungjawab memastikan kandungan yang disiarkan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Bagaimanapun, lesen syarikat tidak digantung kerana mereka telah memberikan penjelasan dan mengambil langkah pembetulan bagi mengelakkan insiden berulang.

Individu sebar semula kandungan juga disiasat

Ohmedia era fm gantung tugas penyampai radio

Dalam pada itu, MCMC juga sedang menyiasat beberapa individu yang memuat naik semula kandungan kontroversi tersebut.

Ada yang sudah memohon maaf, termasuk seorang individu yang kini berada di Australia kerana memuat naik kandungan yang mengguris hati orang Islam.

Fahmi berharap isu ini dapat menjadi pengajaran dan meminta semua pihak lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial.

#ApaKataOhmedia

Apapun, mereka sudah pun memohon maaf dan ianya adalah memang wajar, tetapi lebih baik jika kita berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu agar tidak menyesal kemudian hari.

Fahmi fadzil penyampai radio ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas