Connect with us

Oh! Media

Ernie Zakri Akui Pernah Terfikir Untuk ‘Give Up’, Syukur Dengar Nasihat Ibu

Oh! Artis

Ernie Zakri Akui Pernah Terfikir Untuk ‘Give Up’, Syukur Dengar Nasihat Ibu

Penyanyi Ernie Zakri mengakui lima tahun yang lalu dia pernah terfikir untuk berhenti dari dunia nyanyian selepas menceburkan diri ke dalam industri hiburan tanah air.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan dari OhBulan!, Ernie berkata perasaan itu hadir kerana dia merasakan masih tidak akan mendapat tempat selepas sudah menghasilkan hampir 20 buah lagu pada ketika itu.

Ketika itu mungkin sebab saya muda sangat, masa tu saya baru 23 tahun. Saya nak berhenti sebab masa tu saya dah keluar album, saya dah ada 20 lagu dan terus-menerus keluarkan lagu.

Namun, ketika itu masih lagi tidak mendapat perhatian jadi saya salahkan semua orang, salahkan orang di sekeliling saya.

Tapi saya tak sedar yang saya sebenarnya hanya perlu percaya pada satu sahaja iaitu rezeki yang belum lagi sampai pada ketika itu.

ernie zakri

Perkara itu dikongsi ketika ditemui di Ernie Zakri Signing Ceremony yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada Selasa.

Malah, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri turut berkata faktor dirinya yang tidak peka dengan kemahuan pendengar mungkin akan menyebabkan dirinya sukar untuk mendapat tempat pada ketika itu.

Ketika itu mungkin saya tak peka di mana pada zaman itu orang dah mula buat YouTube, buat cover lagu tapi saya taknak usaha ke arah itu.

Saya pula rasa konon gempak, tak adalah buat YouTube tu. Yang saya tahu nak masuk tv, nak masuk tv, nak masuk tv.

Tak sedar diri ketika itu, jadi saya tak ada usaha tapi bila saya fikir balik, ‘kenapa saya salahkan orang sekeliling saya’, padahal saya sendiri yang tak usaha ke arah apa yang diinginkan industri pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata dia berasa sangat bersyukur kerana mendengar nasihat ibunya untuk tidak meneruskan niatnya berhenti dari dunia nyanyian.

Saya bersyukur sangat, saya beruntung sebab dengar cakap mak saya, mak saya kata jangan berhenti.

Mungkin ibu kan, dia ada firasat dia yang tersendiri yang mengatakan mungkin anak dia boleh jadi ni, boleh berjaya.

Jadi saya bertuahlah kalau tidak memang saya ambil keputusan untuk tak nak langsung menyanyi dan nak jadi cikgu muzik je.

BACA: “Mesti Keluarga Je Yang Undi” – Ernie Zakri Dikutuk Netizen, Tercalon Top 5 ABPBH Ke-35

Kredit: OhBulan!

+ Baca respon pembaca dia Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas