Connect with us

Oh! Media

“Pakai Kopiah Bagai Tapi Hati Iblis”, Lelaki Hempas Kucing, Hanya Salah Faham

Untitled Design 18

Trending

“Pakai Kopiah Bagai Tapi Hati Iblis”, Lelaki Hempas Kucing, Hanya Salah Faham

Semalam viral di Facebook video seorang lelaki Bangladesh yang seakan-akan menghempas seekor kucing di luar masjid.

Capture 2

Confirm-confirm ramai netizen yang mengamuk dan tak puas hati dengan incident tersebut. Dah la berlaku dekat masjid, si pelaku pula lengkap berkopiah dan berjubah. Allahu.

Lk
Pl
Ml

Tapi rupa-rupanya, ni semua salah faham je. Angle yang diambil dalam video tu je nampak macam dia hempas kucing. Hakikatnya, tak pun!

IKLAN

Menurut wazir masjid tu, Harani Md Saad, lelaki yang juga guard masjid tersebut hanya bergurau dan cuba menakut-nakutkan kucing tu. Alahai plot twist.

“Dia menafikan dan mengaku tidak berniat untuk menghempas kucing itu, sebaliknya hanya mahu menakut-nakutkannya ketika mahu diberi makan. Jika melihat rakaman video, nampak seolah-olah kucing itu dihempas, sebaliknya tidak. Kucing itu tidak diapa-apakan, ia sihat dan tidak alami kecederaan,” – katanya.

Hm, sebab tu orang kata, sebelum sebar kena siasat dulu. Kalau tak, jadi lah salah faham macam ni. Tapi, nak buat macam mana. Tuan badan pun dah cerita hal sebenar. Jadi netizen jangan lah sambung doakan keburukan pada lelaki tu ya.

Kredit: Harian Metro, Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas