Connect with us

Oh! Media

Elak Nampak Gelang ‘Pink’, Syarikat Ini Didakwa Minta Pekerja Pakai Baju Lengan Panjang?

Pink

Trending

Elak Nampak Gelang ‘Pink’, Syarikat Ini Didakwa Minta Pekerja Pakai Baju Lengan Panjang?

Seperti yang diketahui, angka jangkitan di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari tanpa menunjukkan sebarang penurunan yang drastik.

BACA: Gelang Pink Tercicir Dari Poket, Bukan Potong Sendiri

Sudah semestinya, ia memberikan kesan kepada ekonomi negara. Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk duduk di rumah bagi mengelakkan penularan berlaku.

IKLAN

Bagi pesakit yang positif semasa pandemik, mereka akan dibekalkan dengan gelang merah jambu bagi menandakan sebagai orang yang perlu dikuarantin.

Namun, terdapat juga segelintir masyarakat yang dilihat tidak mempedulikan orang lain sehingga sanggup mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun berstatus positif.

Syarikat minta sorok gelang pink

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Boom Go Employee, tular sebuah tangkap layar memaparkan sebuah syarikat yang didakwa meminta pekerjanya menyorokkan gelang pink mereka.

Pekerja juga dipercayai turut disuruh untuk memakai baju lengan panjang dan difahamkan arahan itu dibuat bagi mengelakkan pihak berkuasa mengesan aktiviti mereka.

Berdasakan hantaran itu, syarikat berkenaan turut memaklumkan bahawa pekerja yang membuat aduan kepada pihak berkuasa akan dipecat serta merta.

Kilang ditutup sementara

Difahamkan sebelum ini, syarikat yang merupakan sebuah kilang itu terpaksa ditutup sementara setelah dikatakan ramai pekerja mereka disahkan positif.

Menerusi hantaran itu juga, kejadian itu dipercayai berlaku pada pertengahan Julai dan telah ditutup selama seminggu.

Meninjau pada ruangan komen, netizen turut mengecam tindakan syarikat itu kerana mampu meningkatkan angka jangkitan tanpa disedari.

Semoga pihak berkuasa boleh mengambil tindakan lanjut terhadap syarikat itu seandainya benar berlaku bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Kredit: Facebook Boom Go Employee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas