Connect with us

Oh! Media

Gelang Pink Tercicir Dari Poket, Bukan Potong Sendiri

Trending

Gelang Pink Tercicir Dari Poket, Bukan Potong Sendiri

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular penemuan tiga utas gelang pink di tepi jalan berhampiran Masjid Bunohan Kelantan. Tarikh pada gelang yang menandakan masih dalam tempoh kuarantin telah menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ia Cuma Salah Paham” – Polis Perjelas Isu Warga Asing Bergelang Pink Merayau

Terbaru, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli dalam laporan Sinar Harian mengesahkan gelang tersebut adalah milik tiga beranak dari Pengkalan Kubor yang positif Covid-19. Gelang itu dipercayai tercicir selepas menukar gelang lain di Klinik Kesihatan Bunohan.

Semakan yang dibuat mendapati gelang tersebut milik seorang lelaki dan dua anak yang menjalankan ujian swab Covid-19 di Klinik Kesihatan Bunohan pada Ahad lalu.

Isnin mereka dihubungi pihak klinik berkenaan pada jam 10 pagi dan dikehendaki hadir semula kerana keputusan ujian adalah positif Covid-19.

Ujarnya, gelang yang dipakai ketiga-tiga mereka dipotong dan digantikan dengan gelang baharu bertarikh 15 Ogos 2021 sehingga 28 Ogos 2021 untuk dikuarantin di rumah.

gelang pink

Menganggap perlu menyimpan gelang yang sudah dipotong, lelaki tersebut mengakui ada mengambil semula tanpa pengetahuan pihak klinik.

Gelang tersebut yang disimpan dalam poket seluarnya tetapi tercicir tanpa disedari.

Jelasnya lagi, ketiga-tiga individu merupakan kontak rapat kepada isteri lelaki itu yang kini dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas