Trending
Edika Yusof Tampil Jawab Mengenai Komen ‘Hi’ Pada Foto Wanita Lain
Pelakon, Edika Yusof tampil menjelaskan tindakannya yang menjadi bualan ramai apabila meninggalkan komen “Hi” pada foto beberapa wanita model di platform Threads.
Menurut laporan Oh Bulan, Edika berkata ia bukan untuk menggatal, tetapi atas tujuan perniagaan!
Saya menyapa dengan ‘Hi’ untuk ajak kolaborasi… kalau mereka respons, baru saya lanjutkan.
Edika berkata dia sedang menguruskan produk penjagaan kulit dan ingin mengajak model-model luar negara bekerjasama mempromosikannya.
Edika Yusof tak sedar itu bukan manusia sebenar

Apa yang mengejutkan, model yang disapanya rupa-rupanya bukan manusia sebenar, tetapi gambar yang dihasilkan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI)!
Saya tak sedar model tu AI… akaun pun dah lama digodam.
Akaun digodam, bekas isteri boleh akses telefon

Tambah Edika, akaun Threads miliknya telah digodam sejak 6 hingga 7 bulan lalu, dan dia kini hanya aktif di Instagram serta TikTok untuk berkongsi perkara penting.
Saya tak pernah ada rekod curang. Telefon saya pun bekas isteri dan anak boleh buka.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM