Connect with us

Oh! Media

Edika Yusof Dedah Sebenarnya Tiada Masalah Besar Pun Dalam Rumah Tangga

Edika Yusof

Trending

Edika Yusof Dedah Sebenarnya Tiada Masalah Besar Pun Dalam Rumah Tangga

Pelakon, Edika Yusof menegaskan bahawa tiada masalah serius dalam rumah tangganya walaupun isterinya, Nor Hidayah Yusri, telah memfailkan tuntutan perceraian pada Februari lepas.

Menurut laporan Harian Metro, Edika berkara yang dia akan cuba berbincang dengan isteri tercinta untuk mencari jalan penyelesaian.

IKLAN

InsyaAllah nanti saya update… nothing serious, InsyaAllah kami cuba bincang… mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia… terima kasih.

Perkahwinan 22 tahun di ambang perpisahan?

Hari ini, media melaporkan bahawa rumah tangga pasangan ini yang telah bertahan selama 22 tahun kini diuji selepas Nor Hidayah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pertengahan Februari lalu.

Peguam syarie Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim, turut mengesahkan perkara tersebut.

Edika Yusof, suami setia yang dipuji ramai

edika yusof

Kisah kesetiaan Edika dalam menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu memang cukup dihormati ramai.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak, iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.

#ApaKataOhmedia

Perkahwinan bukan hanya tentang cinta, tetapi juga keserasian dan persefahaman. Semoga apa pun keputusan yang dibuat oleh pasangan ini, ia adalah yang terbaik untuk kedua-duanya.

Edika Yusof

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas