Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Sebak Dapat Jumpa TMJ & Terima Sumbangan RM200,000 Untuk Misi Bantuan

ohmedia ebit tmj main

Trending

Ebit Lew Sebak Dapat Jumpa TMJ & Terima Sumbangan RM200,000 Untuk Misi Bantuan

Sungguh mendebarkan! Ohmedia yakin itulah perasaan seluruh rakyat Malaysia bila melihat gambar dan video Ebit Lew bersama-sama TMJ, Tunku Ismail Idris.

Pendakwah bebas Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari misi bantuan di Sabah semalam berkongsi saat-sat dia bertemu TMJ hari ini.

ohmedia ebit tmj

Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. – Tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan TMJ telah menghadiahkan wang tunai sebanyak RM200,000 untuk misinya dan turut ingin menaja team Ebit Lew menunaikan umrah.

IKLAN

Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

ohmedia ebit tmj4

Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. – Tulisnya lagi.

Dalam perjumpaan itu, TMJ juga berminat untuk meneruskan bantuan untuk semua misi Ebit Lew pada masa akan datang.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas