Connect with us

Oh! Media

Trending

Ebit Lew Bawa Bidadari Bercuti Ke Switzerland

Selepas sekian lama diselubungi dengan beberapa isu panas melibatkan dirinya, pendakwah bebas Ebit Lew kini dilaporkan sedang bercuti. Memetik laporan Kosmo, Ebit telah pergi bercuti bersama keluarganya ke Switzerland.

Percutian itu turut dikongsikan di Facebook miliknya dengan meminta pengikut untuk mendoakan keselamatan mereka di sana.

IKLAN

Doakan ye, bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat Reda dan kasih sayangNya.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan pendedahan dari beberapa pihak dan mangsa yang mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual.

Ebit turut telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan dan masih tiada sebarang perkembangan setakat hari ini.

Apapun kita janganlah membuat sebarang spekulasi dan andaian tanpa mengetahui perkara sebenar. Semoga kes itu dapat diselesaikan segera dan jika ia tidak benar, harap nama baik Ebit dapat dibersihkan semula. Ini amat penting kerana nama Ebit Lew sudah cukup terkenal dengan kebaikan dan bantuan yang telah diberikan kepada orang memerlukan.

Kredit: Kosmo

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas