Connect with us

Oh! Media

Duda Beri Hantaran RM87k, Set Berlian Dan Banglo Mewah Buat Isteri Baru

Trending

Duda Beri Hantaran RM87k, Set Berlian Dan Banglo Mewah Buat Isteri Baru

Fuh! Memang lain macam ya set hantaran abang duda kita. Khabarnya, lelaki tersebut bagi hantaran yang tak masuk akal pada isteri barunya! Bukan hanya berbentuk wang, tapi juga satu set berlian dengan sebuah banglo.

ADVERTISEMENT

Ini merupakan perkahwinan ketiga beliau lepas berpisah dengan isteri-isteri sebelumnya. Kalau ada yang berangan nak jadi calon isteri keempat, mungkin korang boleh sediakan passport siap-siap sebab duda ini berada di Indonesia!

Menurut laporan Tagar, Haji Ambo telah bernikah dengan bekas peserta Puteri Indonesia 2013, Nadia Margreza. Dengan hantaran bernilai 300.78 juta rupiah (RM87,000), Haji Ambo dah pecah rekod nilai hantaran paling tinggi di Wilayah Walangke Barat.

Sebenarnya, anak sulung Haji Ambo sendiri yang kenalkan beliau dengan Nadia. Tak pernah bercinta pun, tapi mereka tetap berkahwin. Wah, ala-ala bercinta lepas kahwin lah ni. Untung Haji Ambo, Nadia dah lah cantik, wanita berdikari pula tu. Kalau korang nak tahu, Nadia juga seorang usahawan dan ada butik pakaiannya sendiri.

Itulah orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana. Tapi, hidup banyak duit pun kadang-kadang tak janjikan apa-apa kebahagiaan. Kita semua ada cara bahagia kita sendiri, kan? Jadi jangan pula ada yang dengki ya. Apa-apapun moga pasangan pengantin baru kekal bahagia hingga syurga.

Kredit: Tribun Jabar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas