Connect with us

Oh! Media

Duda Anak Tiga Ini Kantoi Sedang Rakam Bawah Kain Remaja Perempuan

Duda rakam bawah kain

Trending

Duda Anak Tiga Ini Kantoi Sedang Rakam Bawah Kain Remaja Perempuan

Seorang duda anak tiga ditahan polis selepas disyaki cuba merakam bawah kain seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah pasar raya di Bandar Kajang, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang menjijikkan itu berlaku ketika mangsa dan ibunya sedang membuat pembayaran di kaunter.

IKLAN

Disedari orang awam, suspek cuba lepaskan diri

Perbuatan suspek disedari oleh seorang lelaki yang menegurnya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.

Namun suspek menafikan dan terus beredar dari lokasi.

Laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa yang merupakan seorang penjawat awam berusia 42 tahun pada malam Khamis lepas.

Duda ditahan tengah malam, telefon bimbit dirampas

Kemudian, pihak polis berjaya menahan suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 12.15 tengah malam tadi.

Turut dirampas adalah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

Tiada rekod jenayah, tapi kini direman

pdrm

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau, namun kini direman sehari untuk siasatan di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa, sentiasa awasi anak-anak ketika berada di tempat awam. Perbuatan tidak bermoral boleh berlaku di mana-mana saja tanpa kita sedar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas