Connect with us

Oh! Media

Dua Wanita Selamba Langkah Kubur Sambil Gelak-Gelak Tampil Perjelas Sebab Lakukan Itu

Wanita Langkah Kubur

Trending

Dua Wanita Selamba Langkah Kubur Sambil Gelak-Gelak Tampil Perjelas Sebab Lakukan Itu

Sebelum ini tular satu video menunjukkan seorang pempengaruh wanita dengan seorang rakannya tergamak melangkah kubur berulang-ulang kali sambil ketawa. Nampak teruja pula tu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, kata-kata salah seorang daripada mereka ketika melakukan aksi itu juga undang tidak puas hati ramai.

Selalu orang cakap, kalau kita langkah kubur… malamnya tuan kubur akan cari kita.

Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka tampil memberi penjelasan dan berkata kubur yang dilangkah itu merupakan kubur palsu. 

Mereka yang sedang menjalani penggambaran filem pendek mengenai dua rakan yang tidak mempercayai makhluk halus. Mereka lakukan itu juga bagi tujuan pemasaran.

Itu kubur fake (palsu). Jadi kita buat kubur baharu, dalam tu tak ada orang. Itu tanah lapang, kita korek dan papan nisan tu kita pacak untuk nampak macam kubur.

Jadi, ia dibuat untuk tujuan penggambaran.

Wanita itu juga mengakui aksi mereka itu telah buatkan ramai kecam sekaligus mengundang fitnah.

Jangan risau, tak ada orang dalam kubur tu. Kami pun tak gila lagi nak langkah kubur orang.

Kami masih tahu adab, tahu rasa hormat pada orang yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

Bukan tu jer, wanita itu juga meminta maaf kepada penduduk kampung kerana menggunakan kawasan di sebuah tanah perkuburan di sana bagi tujuan penggambaran.

Untuk tanah perkuburan yang kami gunakan tu, kami mohon maaf kepada penduduk kampung tu, kami tiada niat untuk kurang ajar di tanah perkuburan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas