Pernah tak korang dengar mengenai ‘sleep divorce’? Trend di mana pasangan berkahwin tidur berasingan katil atau bilik demi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
‘Sleep divorce’ sebelum ini menjadi kebiasaan di negara barat tetapi kini sudah menular di Malaysia.
Dr Say kurang setuju trend ‘cerai’ tidur
Mengulas mengenai trend tersebut, pempengaruh media sosial Dr Say Shazril tidak bersetuju kerana bimbang lama kelamaan pasangan selesa tidur ‘cerai’ sehingga mengakibatkan perpisahan.
Namun, komunikasi yang efektif di antara pasangan mungkin menjadikan ‘sleep divorce’ satu pilihan yang baik.
Jelasnya lagi, persoalan mengenai trend ‘sleep divorce’ ini timbul disebabkan kadar kelahiran di Malaysia bagi suku ketiga 2024 jatuh 12% berbanding suku sama pada tahun 2023.
Selain daripada pasangan memilih untuk tidak memiliki anak, Dr Say baru belajar mengenai trend ‘sleep divorce’ yang boleh menjadi salah satu faktor kadar kelahiran merudum.
Menariknya, apabila beliau membuat undian, sebanyak 88% orang dalam kalangan followers tidak tahu tentang konsep ini.
Kenapa ada pasangan memilih sleep divorce?
Dr. Say menerangkan ‘sleep divorce’ menjadi pilihan kerana banyak pasangan kini lebih menghargai kualiti tidur yang baik. Tidur yang kurang berkualiti juga boleh menjejaskan kesihatan dan meningkatkan stres.
Penyebab utama couples buat cerai tidur ni? Pasangan berdengkur kuat, perbezaan pilihan suhu bilik, co-sleep dengan anak-anak yang mengganggu tidur adalah antara sebab-sebab utama.
Antara kebaikan ‘sleep divorce’ yang sering disebut termasuk:
- Tidur lebih nyenyak tanpa gangguan seperti dengkuran atau jadual tidur berbeza.
- Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood serta produktiviti harian.
- Meminimumkan pertelingkahan kecil akibat kekurangan tidur.
Menariknya, konsep ‘sleep divorce’ dibolehkan dalam Islam selagi ia tidak menjejaskan tanggungjawab suami isteri dan keperluan nafkah. Oleh itu, ia boleh dipraktikkan asalkan tidak menjejaskan hubungan secara keseluruhan.
Trend ‘sleep divorce’ ini juga pernah dibincangkan di stesen radio Kool FM di mana ianya dipercayai menjadi amalan dalam kalangan generasi muda kini.
#OhmediaNasihat
Setiap hubungan unik, dan komunikasi adalah kunci utama. Jika sleep divorce membantu memperbaiki kualiti hidup, pastikan hubungan tetap erat dengan masa berkualiti bersama. Jangan abaikan aspek keintiman dan kepercayaan dalam hubungan suami isteri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Dr Say