Connect with us

Oh! Media

Dos Penggalak Vaksin Pfizer Diluluskan KKM

dos penggalak

Trending

Dos Penggalak Vaksin Pfizer Diluluskan KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 keluaran Pfizer sekurang-kurangnya selepas 6 bulan dos kedua untuk golongan berumur 18 tahun ke atas.

ADVERTISEMENT

BACA: Kajian Mendapati Vaksin Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Terhadap Varian India B.1.617.2

Dos penggalak ini akan bermula pada bulan Oktober ini dengan memberi keutamaan kepada golongan yang berisiko tinggi dan frontliners.

Selepas enam bulan

Menerusi laman Kosmo, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dos penggalak vaksin ini dikeluarkan oleh Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

Vaksin itu akan diberikan kepada penerima sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua bagi golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

Vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lalu.

Menurut Berita Harian, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin ada menyatakan sebelum ini untuk memberi keutamaan buat golongan berisiko tinggi bagi suntikan dos penggalak ini. Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa kelulusan bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai oleh Bahagian Regulatori Framasi Negara (NPRA).

Kredit: Berita Harian, Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas