Connect with us

Oh! Media

Kajian Mendapati Vaksin Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Terhadap Varian India B.1.617.2

Vaksin Covid 19

COVID-19

Kajian Mendapati Vaksin Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Terhadap Varian India B.1.617.2

Satu kajian yang dibuat oleh pakar kesihatan UK mendapati dua dos suntikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca memberikan tahap perlindungan yang sama ke atas pesakit Covid-19 dijangkiti varian dari India B.1.617.2 dan varian United Kingdom (UK).

Walaubagaimanapun, kedua-dua vaksin berkenaan hanya 33 peratus berkesan terhadap varian India, tiga minggu selepas mengambil dos pertama.

Varian UK pula direkodkan mendapat keberkesanan sebanyak 50 peratus.

IKLAN

Menurut Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock menyifatkan hasil keputusan yang diperoleh itu sebagai ‘penemuan baharu’.

Kajian yang dilakukan oleh Agensi kesihatan Awam England (PHE) mengatakan, vaksin berkenaan mungkin lebih berkesan untuk mencegah kemasukan dan kematian di hospital.

Vaksin Pfizer didapati 88 peratus berkesan untuk menghentikan penyakit simptomatik dari varian India dua minggu selepas suntikan dos kedua, berbanding keberkesanan 93 peratus terhadap varian UK.

Bagi vaksin AstraZeneca pula, ia berkesan 60 peratus terhadap varian India, berbanding 66 peratus ke atas varian UK.

PHE juga menjelaskan perbezaan keberkesanan di antara vaksin selepas dua dos dapat dijelaskan oleh fakta bahawa suntikan dos kedua AstraZeneca lebih lambat, berbanding Pfizer yang sebelum ini perkara itu sudah dipersetujui.

Kredit : BeritaHarian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27

OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas