Connect with us

Oh! Media

Dos Penggalak Bakal Jadi Syarat Lengkap Vaksinasi?

Article 1 29 11

Trending

Dos Penggalak Bakal Jadi Syarat Lengkap Vaksinasi?

Dos penggalak kini sudah mula diberikan kepada individu yang layak mendapatnya, terutama kepada penerima vaksin Sinovac yang sudah lepas tiga bulan penerimaan dos kedua dan penerima vaksin Pfizer selepas enam bulan.

BACA: Ramai Pesakit Kategori 4 Dan 5 Merupakan Penerima Sinovac, KJ Seru Ambil Dos Penggalak

Menerusi laporan Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengkaji untuk menjadikan booster shot sebagai syarat untuk status seseorang itu bertukar kepada lengkap vaksinasi.

IKLAN

Kaji pengalaman di negara luar

Dos Penggalak

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beberapa negara luar telah menjadikan booster shot sebagai syarat untuk seseorang itu mendapatkan status lengkap vaksinasi. Hal ini kerana, jumlah kes, kematian dan kadar kemasukan ke hospital sudah semakin meningkat.

Buat masa ini, kerajaan masih lagi iktiraf penerimaan dua dos bagi AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac sebagai vaksinasi lengkap.

Kita sedang kaji pengalaman di negara-negara lain.

Kita masih lagi belum buat ketetapan dasar, tetapi berdasarkan perkembangan di negara lain, mungkin ke arah itu. Maksudnya takrifan vaksin lengkap mesti dengan dos penggalak.


Menurut Khairy Jamaluddin, ramai golongan warga emas tidak mahu mengambil dos penggalak atas sebab maklumat palsu yang disebarkan ke dalam group WhatsApp dan menggagalkan proses pengagihan booster shot ini.

Semoga rakyat Malaysia akur dengan tindakan kerajaan untuk memberikan dos penggalak kepada yang sudah layak menerimanya dan mengambil booster shot ini demi kesejahteraan bersama. Janganlah sebarkan maklumat-maklumat palsu yang mampu memanipulasi fakta sebenar.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas