Connect with us

Oh! Media

aisyah hijanah derma

Trending

“Doakan Yang Baik-Baik Ya” – Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Kekal Tenang

Pasangan influencer islamik terkenal, Alif Teega dan Aisyah Hijanah hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman selepas terpalit dengan isu seleweng derma orang ramai.

BACA: SPRM Tahan Pasangan Influencer Terkenal Dakwaan Seleweng Kutipan Derma

IKLAN

Pasangan ini dilihat tiba dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan mStar, Alif dilihat dalam keadaan tenang dan dia juga mengatakan dirinya sihat. Dalam pada itu, Alif memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Alhamdulilah sihat, doakan yang baik-baik ya.

Difahamkan, Alif sempat menyapa para wartawan ketika keluar sekejap dari dewan mahkamah untuk ke tandas sambil diiringi pegawai bertugas.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan mengatakan pasangan ini tidak menyalurkan dengan betul wang derma orang ramai yang mencecah jutaan ringgit.

Namun, mereka menerusi kenyataan peguam menafikan terlibat dengan dakwaan tersebut.

aisyah hijanah derma

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas