Connect with us

Oh! Media

Disyaki Memiliki Dadah, Cubaan Seorang Lelaki Melarikan Diri Gagal

Trending

Disyaki Memiliki Dadah, Cubaan Seorang Lelaki Melarikan Diri Gagal

Cubaan Seorang lelaki melarikan diri gagal apabila ditahan pihak polis dalam insiden kejar mengejar selama 20 minit setelah disyaki memiliki dadah dan memandu secara merbahaya semalam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis telah menahan sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 34 tahun.

“Ketika mahu melakukan pemeriksaan, suspek bertindak memecut kereta dinaikinya untuk melarikan diri hingga hampir melanggar orang awam yang berada di lokasi.

“Anggota polis mengejar kereta suspek kira-kira 20 minit sebelum dia berjaya ditahan di hadapan sebuah bank di Pekan Lama Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fakhruddin berkata, suspek bertindak mengunci pintu kerana tidak mahu keluar, oleh itu pihak polis terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta suspek untuk menjalankan pemeriksaan.

Susulan proses penangkapan, dua anggota polis cedera ringan di bahagian tangan kiri dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui satu tiub straw disyaki dadah jenis heroin seberat 0.30 gram dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah serta lapan rekod dadah.

“Suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas