Trending
Direhatkan Daripada Program Salam Baitullah, Ini Respon Pengurus Ustaz Don Daniyal
Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di aplikasi X memaklumkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal akan ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
BACA: RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Daniyal Daripada Program Salam Baitullah
Beliau mengambil keputusan itu untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di media sosial.

Terbaru, Ustaz Don dilaporkan belum menerima apa-apa arahan mengenai keputusan yang dibuat pihak RTM.
Perkara itu diberitahu pengurusnya, Ana ketika dihubungi mStar berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan tersebut.
Kami akan tunggu dulu dan kalau perlu kami keluarkan kenyataan secara rasmi. Pihak kami pun tak mahu melebihi RTM jadi kami tunggu dahulu jawapan pihak mereka.
Katanya, pihaknya masih menanti arahan secara rasmi daripada pihak produksi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mengenai desakan daripada segelintir pihak menuntut Ustaz Don membuat permohonan maaf pula, Ana enggan mengulas lanjut.
Sebagai pengurus, Ana merasakan lebih baik isu tersebut dijawab Ustaz Don sendiri.
Buat masa ini, pihaknya mahu menyelesaikan dengan RTM dahulu sebelum memikirkan tindakan yang lebih sesuai.
Terdahulu, nama Ustaz Don menjadi hangat apabila beliau didakwa berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW bersandarkan cerita dan hadis palsu.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.