Connect with us

Oh! Media

Dipercayai Langgar Lampu Isyarat Sebab Nak Kejar Trip, ‘Rider’ Hampir Maut Dirempuh Honda

Rider

Trending

Dipercayai Langgar Lampu Isyarat Sebab Nak Kejar Trip, ‘Rider’ Hampir Maut Dirempuh Honda

Dalam beberapa tahun ini, kadar kemalangan jalan raya semakin menunjukkan peningkatan dan ia banyak berpunca dari kecuaian segelintir pemandu yang gemar melanggar undang-undang.

BACA: Dah Bagi Amaran, Polis Geleng Kepala Kejar Penunggang Motosikal Langgar Lampu Isyarat

Menurut statistik daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), melanggar lampu merah adalah kesalahan paling tinggi dicatatkan di negara ini berbanding kesalahan lain.

IKLAN

Selain itu, JPJ juga turut mengesan bahawa kesalahan tersebut paling banyak dilakukan oleh penunggang motosikal serta rider yang berkhidmat sebagai penghantar makanan.

Rata-rata daripada mereka gemar melanggar lampu isyarat oleh kerana ingin mengejar trip serta masa sehingga tidak mempedulikan nyawa mereka sendiri.

Dipercayai langgar lampu isyarat untuk kejar trip, seorang rider hampir temui ajal

Bagaimanapun, terdapat satu kejadian serupa apabila tular sebuah video memaparkan seorang rider yang hampir menemui ajal selepas dipercayai melanggar lampu isyarat untuk mengejar trip.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, kejadian yang dirakam menerusi dashcam itu menunjukkan sebuah kemalangan melibatkan seorang rider dan kereta jenis Honda CR-V di sebuah simpang empat di Port Klang.

Berdasarkan video tersebut, pada awalnya terdapat dua orang rider yang dipercayai melanggar lampu isyarat dan salah seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri.

Namun, malang tidak berbau apabila seorang lagi rider tidak dapat melepaskan diri menyebabkan dia dirempuh oleh sebuah kenderaan yang muncul dari laluan lain.

Lebih mengejutkan, penunggang motosikal itu dilihat ‘terpelanting’ selepas dirempuh oleh kenderaan tersebut yang mungkin tidak perasan akan kehadiran rider berkenaan.

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 2021 12 28t185058012

Impak dari pelanggaran itu juga menyebabkan motosikal tersebut mengalami kerosakan yang teruk, manakala kenderaan itu pula mengalami kemek pada bahagian hadapan.

Difahamkan, penunggang motosikal itu selamat dari kemalangan tersebut dan hanya mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki. Bagaimanapun, nasib pemandu Honda berkenaan masih tidak diketahui.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut bersimpati akan nasib yang menimpa kedua-dua pihak selain berharap agar semua rider mengambil iktibar dari kejadian itu.

Kredit: Facebook DashCam Owners Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas