Connect with us

Oh! Media

Dah Bagi Amaran, Polis Geleng Kepala Kejar Penunggang Motosikal Langgar Lampu Isyarat

Trending

Dah Bagi Amaran, Polis Geleng Kepala Kejar Penunggang Motosikal Langgar Lampu Isyarat

Umum mengetahui, lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan penjalan kaki dan sebagainya bagi membantu dalam menyusun pergerakan kenderaan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kali Ini Myvi Tak Bersalah, Patuh Lampu Isyarat Tapi Motosikal Pula Langgar Sampai Terpelanting

Walaupun sudah diatur, namun fenomena melanggar lampu isyarat boleh dikatakan semakin parah dan tabiat ini mampu menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.

Menurut statistik dari pihak berkuasa, kesalahan membabitkan kejadian itu setakat ini telah merekodkan lebih daripada 70,000 saman dengan motosikal mencatatkan kesalahan tertinggi.

Bagaimanapun, melanggar lampu isyarat merupakan salah satu kesalahan dan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara boleh dikenakan mengikut Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Polis geleng kepada kejar penunggang motosikal langgar peraturan

Namun, perkara tersebut dilihat akan terus meningkat oleh kerana terdapat sebuah kejadian membabitkan pelanggaran lampu isyarat yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal.

Menerusi sebuah perkongsian video di laman Facebook, individu tersebut telah dikejar oleh seorang polis selepas dia dengan selamba melakukan kesalahan itu.

Buat job tak clean lah bang. sampai geleng kepala abam polis tu

Berdasarkan video tersebut, pada awalnya si penunggang motosikal telah berhadapan dengan sebuah lampu isyarat sebelum berniat untuk melanggarnya.

Kebetulan ketika itu terdapat seorang polis dari arah belakangnya yang bertindak membunyikan hon sebagai tanda amaran untuk dia tidak melanggar lampu isyarat.

Namun, individu tersebut seakan-akan mengendahkan amaran polis itu sebelum berlalu pergi walaupun lampu menunjukkan pada warna merah.

Lebih mengharukan, sebelum polis berkenaan ingin mengejar penunggang motosikal itu, dia sempat menggelengkan kepada bagi menggambarkan kekesalannya terhadap tindakan individu tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan individu walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 249,000 jumlah tontonan serta mendapat 3,600 tanda suka.

Kredit: Facebook Moto Malaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas