Connect with us

Oh! Media

Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Ucap Penghargaan

Cover Photo Om 1200 X 675 76

Trending

Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Ucap Penghargaan

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan senarai barisan kabinet baru yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata barisan ini akan mengangkat sumpah pada Isnin depan. Menteri yang bertanggungjawab diberi tempoh selama 100 hari pertama untuk menunjukkan prestasi mereka.

BACA: Ismail Sabri Umum Kabinet Baharu, Khabar Angin Azmin Ali Jadi TPM Palsu?

IKLAN

Antara yang mendapat perhatian ramai adalah pelantikan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Kesihatan. Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Terdahulu, beliau turut bertanggungjawab menggalas tugas besar sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19.

Terbaru, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Facebook mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan melantiknya memimpin Kementerian Kesihatan.

Terima kasih kepada YAB PM, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi. Insya’Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia.

Di ruangan komen, rakyat meluahkan rasa keterujaan dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan beliau. Mereka berharap beliau terus cemerlang berkhidmat untuk memberi yang terbaik kepada orang ramai.

Menteri
Whatsapp Image 2021 08 27 at 10528 Pm
Khairy Jamaluddin

Tak kurang juga yang memohon Khairy Jamaluddin menyelesaikan isu berkaitan pelantikan jawatan doktor kontrak ke tetap.

Rata-rata menaruh harapan tinggi kepada beliau untuk menyelesaikan masalah pandemik yang semakin membimbangkan hari ini.

Kredit: Astro Awani , Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas