Connect with us

Oh! Media

Ismail Sabri Umum Kabinet Baharu, Khabar Angin Azmin Ali Jadi TPM Palsu?

Oh! Negara

Ismail Sabri Umum Kabinet Baharu, Khabar Angin Azmin Ali Jadi TPM Palsu?

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pembetukan dan senarai penuh kabinet baharu.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Respon Azmin Ali Tentang Status Yang Dimuat Naik Ismail Sabri

Hal itu selepas Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota kabinet baharu yang diberikan oleh Ismail Sabri.

Ismail Sabri umum kabinet

Selepas pengumuman sebentar tadi, Ismail Sabri telah mengumumkan pembetukan Kabinet baharu yang dibarisi oleh 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri.

Menerusi siaran langsung itu, dilihat tiada sebarang pengumuman berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri diumumkan.

Rata-rata menteri yang dilantik merupakan bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang dibarisi kerajaan terdahulu termasuklah YB Tengku Datuk Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan.

Selain itu, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dilihat telah bertukar jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

Ura-ura Azmin Ali Jadi TPM palsu?

Sebelum ini, yang menjadi perhatian adalah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan ramai menjangka bahawa ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali bakal menyandang jawatan tersebut.

Namun, ura-ura itu palsu selepas beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Insustri (MITI).

Selain Azmin, terdapat juga beberapa menteri yang masih mengekalkan jawatan mereka termasuklah Tengku Dato’ Sri Zafrul Abdul Aziz, Datuk Seri Rina Harun, dan Datuk Seri Noraini Ahmad.

Pengumuman hari ini turut menyaksikan pelantikan muka baharu seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dlantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Walaubagaimanapun, Kabinet Menteri yang bakal menyandang jawatan masing-masing telah dinasihati oleh Ismail Sabri agar membuktikan keupayaan dalam tempoh 100 hari pertama.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas