Connect with us

Oh! Media

Dikecam Panggil Kak Long 7E Sebagai Tetamu, Stesen TV Tangguh Siaran Program

Kak1a

Trending

Dikecam Panggil Kak Long 7E Sebagai Tetamu, Stesen TV Tangguh Siaran Program

Tindakan stesen televisyen, TV Alhijrah menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long ke satu program mengundang pelbagai reaksi netizen.

BACA: “Takde Content Sangat Nak Buat Ka?”, Netizen Kecam Program TV Sebab Jemput ‘Kak Long’ 7E

Mana tidaknya, Kak Long sebelum ini pernah viral dengan video memarahi pekerja kedai serbaneka dan pekerja restoran makanan segera, KFC.

IKLAN

Netizen menganggap ada ramai lagi tetamu dan topik berilmiah yang boleh diketengahkan stesen TV tersebut.

Tvalhijrah e1647309968617

Terbaru, menerusi satu kenyataan media, TV Alhijrah memaklumkan program ‘Trending’ yang menjemput Kak Long sebagai tetamu akan ditangguhkan. Keputusan diambil selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus.

275850139 509700753847217 3900219367295095687 n

Pihaknya juga menjelaskan bahawa program Trending merupakan rancangan yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

Kehadiran Kak Long juga disertai dengan Ustazah Isfadiah sebagai panel untuk memberi teguran dan pengajaran kepada Kak Long agar lebih bertanggungjawab apabila menggunakan media sosial.

Pihaknya bagaimanapun berterima kasih di atas teguran penonton dan akan berusaha meningkatkan mutu kandungan.

Kredit: TV Alhijrah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas