Connect with us

Trending

Dikecam Gelar Ibu Depresi ‘Lembik’, Lelaki Ini Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini, viral di media sosial pendedahan seorang wanita mengenai hakikat sebenar seorang suri rumah. Akibat terlalu letih, suri rumah cenderung untuk menghadapi tekanan kerana menjaga anak seorang diri.

BACA: Suri Rumah Depresi Jaga Anak, Peguam Syarie Dedah Kebanyakan Kes Cerai Sebab Suami Tak Tolong

IKLAN

Ada yang bersetuju dan ada juga yang mengkritik dengan mendakwa suri rumah yang menghadapi depresi sebagai ‘lembik’. Kritikan yang dibuat individu itu mengundang padah apabila dia dikecam hebat.

Terbaru, individu tersebut dengan rendah diri tampil memohon maaf. Sebagai seorang anak, suami dan bapa, dia mengerti kesukaran yang dihadapi isteri menjaga anak-anak.

Saya sendiri turut menjaga anak di rumah bersama isteri sejak anak saya dilahirkan. Saya tidak nafikan kepayahan seorang ibu dan isteri dalam menjaga serta mendidik anak.

Tujuan ‘posting’ saya bukanlah untuk menghina suri rumah dan ibu-ibu di luar sana. Saya cuma ingin menekankan sekiranya benar beliau mengalami depresi, sila dapatkan bantuan dan luahkan di pihak yang sewajarnya.

Dia berpendapat, tindakan merakam untuk tontonan umum bukanlah perkara wajar bagi seorang ibu yang sedang menghadapi depresi.

Individu ini turut mengaku khilaf kerana menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sopan.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati daripada segi penggunaan ayat yang lebih baik dalam ‘posting’ saya akan datang.

Berterima kasih di atas teguran yang diberikan orang ramai terhadapnya, dia berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kredit: Facebook Mohammad Nurdin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas