Connect with us

Oh! Media

Suri Rumah Depresi Jaga Anak, Peguam Syarie Dedah Kebanyakan Kes Cerai Sebab Suami Tak Tolong

Trending

Suri Rumah Depresi Jaga Anak, Peguam Syarie Dedah Kebanyakan Kes Cerai Sebab Suami Tak Tolong

Perkongsian seorang wanita mengenai hakikat sebenar yang dihadapi suri rumahtangga telah membuka mata ramai orang. Menurutnya, menjaga anak seorang diri bukanlah suatu tugas yang mudah.

ADVERTISEMENT

BACA: Fidtri Yahya Sedih Lihat Penjaga Mengeluh Jaga Anak OKU

Dalam menyediakan segalanya yang terbaik untuk anak, kadang kala suri rumahtangga akan terduduk akibat terlampau letih.

Jelas wanita dikenali sebagai Bunga Ayu ini, masalah tekanan dalam kalangan suri rumahtangga telah dibuktikan melalui satu kajian pada tahun 2012 (Gallup Poll). Katanya, suri rumahtangga lebih cenderung berasa tertekan dibandingkan dengan ibu-ibu yang bekerja.

Lebih sedih lagi apabila mereka ketinggalan dalam banyak perkara. Wanita ini berharap suami dan masyarakat memberikan sokongan sepenuhnya dari segi emosi.

Meninjau ke ruangan Twitter, perkongsian ini turut mendapat perhatian peguam syarie, Atiqah. Menurut beliau, kebanyakan klien perempuannya menuntut cerai kerana sikap suami yang lepas tangan.

Beliau turut menyelar tuduhan biadap seorang warganet kononnya suri rumahtangga lembik gara-gara meluahkan realiti sebenar yang dihadapi mereka.

Dalam hidup berumahtangga, tugas menguruskan rumah dan anak bukan terletak di bahu isteri sahaja betul tak? Masing-masing memainkan peranan penting agar keharmonian rumahtangga terus terjaga. Kepada suri rumahtangga, anda memang hebat!

Kredit: Instagram bungaaayu | Twitter Peguam Syarie Atikah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas