Connect with us

Oh! Media

Didakwa Curi ‘Parcel’, Aksi Seorang Penghantar Makanan Berjaya Dirakam CCTV

Trending

Didakwa Curi ‘Parcel’, Aksi Seorang Penghantar Makanan Berjaya Dirakam CCTV

Kes pencurian bukanlah perkara asing yang terjadi di negara ini. Ia seakan-akan menjadi hobi kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan segera.

ADVERTISEMENT

BACA: Pusat Kurier Hilangkan Barang, Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Parcel Dengan Cara Ini

Hal itu termasuklah pencurian melibatkan bungkusan yang diberi secara dalam talian sehingga sesebuah syarikat penghantar barang menjadi mangsa dalam situasi tersebut.

Bak kata orang, zaman sekarang adalah musim viral. Sekecil manapun perbuatan mencuri itu, pasti akan kantoi jua apabila wujudnya teknologi rakaman kamera yang mampu menjadi bukti kepada kejadian itu.

Kantoi curi parcel, aksi seorang penghantar rakaman terakam CCTV

Bagaimanpun, perkara sama turut berlaku apabila terdapat seorang penghantar makanan yang didakwa mencuri sebuah bungkusan daripada sebuah syarikat penghantar barang.

Namun, tindakan individu tersebut membawa padah apabila aksinya itu berjaya dirakam menerusi sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di laman Facebook milik Dashcam Malaysia.

Menerusi video tersebut, pada awalnya terdapat dua orang individu yang masing-masing menunggang motosikal dan tiba di sebuah rumah.

Kedua-dua mereka dilihat menghantar makanan dan bungkusan yang telah dipesan dan difahamkan, penghantar makanan itu keluar terlebih dahulu ke motosikalnya.

Tidak lama kemudian, dia yang merapatkan dirinya dengan motosikal milik penghantar barang itu mula melakukan aksi dengan menyelup tangan pada beg motosikal berkenaan.

Selepas berjaya mengeluarkan sebuah parcel, individu itu dilihat seakan-akan menunggu pesanan lain sebelum beredar meninggalkan kawasan tersebut. Bagaimanapun, lokasi kejadian masih tidak diketahui.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan aksi individu tersebut selain berasa simpati akan nasib si penghantar barang tersebut.

Difahamkan, jika berlaku sebarang kehilangan melibatkan parcel, rider yang bertanggungjawab berpotensi dikenakan saman sebanyak RM200 selain terpaksa menangung kerugian barang berkenaan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 360 tanda suka serta dikongsi sebanyak 41 kali.

Kredit: Facebook Dashcam Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas