Oh! Artis
“Dia Tengah Bodohkan Satu Malaysia”- Lelaki Ini Dedahkan Alif Syukri Guna Gambar Pil Dia
Walaupun sudah mengumumkan untuk mengundur diri dari sosial media sejak malam tadi, ada lagi isu yang mengaitkan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini.
BACA: “Matikan Aku Dengan Tenang Dan Beriman”- Aliff Syukri Kongsi Gambar Pil Risaukan Orang Ramai
Ini apabila posting terakhir dia menunjukkan pil ubat dengan kapsyen “Matikan aku dengan tenang dan beriman” telah menimbulkan kerisauan pengikutnya. Posting berkenaan bagaimanapun telah dipadam dan akaun Instagram milik Aliff turut telah diubah kepada private.
Itu gambar ubat-ubat aku tahun 2020
Hari ini, seorang pengguna Twitter, Naufal Antezem mengesahkan dengan bukti bahawa gambar yang digunakan Aliff itu adalah miliknya yang dikongsi pada tahun 2020 lalu.
Itu ke gambar pil yang dimuat naik oleh Aliff Syukri? Kalau betul, aku boleh sahkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yang dimuat naik pada 2020.
Kalau betul ini gambar yang dia upload dan gunakan, aku doakan dia terhindar daripada sakit yang ubat ini khususkan. – Katanya.
Tak marah rembat gambar tapi marah sebab tiada hati perut..
Itu ke gambar pil yang Aliff Syukri upload ? Kalau betul, aku boleh confirmkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yg aku upload tahun 2020 😅🤣 pic.twitter.com/0b6CLv3fq9
— naufalantezem (@NaufalAntezem) August 12, 2022
Naufal mengakui tidak kesah jika gambarnya diambil tapi marah sebab tiada hati perut main-mainkan benda seperti ini.
Ini kerana ubat yang ditunjukkan itu adalah untuk mereka yang menghidap bipolar jenis dua, Epilim (pil ungu), Luvox (putih) dab Lorazepam (biru).
Naufal turut menjelaskan Luvox bertujuan untuk meningkatkan mood supaya tidak memasuki mood kemurungan dan Epilim akan seimbangkan di antara maniac dan kemurungan. Lorazepam pula untuk tidur.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM