Connect with us

Oh! Media

“Dia Tak Pandai Bercakap, Tak Pandai Melawan”- Ibu Sedih Anak Darjah 1 Jadi Mangsa Buli

Ohmedia buli

Trending

“Dia Tak Pandai Bercakap, Tak Pandai Melawan”- Ibu Sedih Anak Darjah 1 Jadi Mangsa Buli

Bagi golongan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, salah satu perkara yang sukar untuk dilakukan adalah melepaskan mereka ke sekolah untuk uruskan hal sendiri.

Baru-baru ini, di TikTok seorang ibu yang mempunyai anak istimewa meluahkan rasa kecewa apabila sesi persekolahan anaknya pada tahun pertama tidak berjalan seperti yang disangkakan.

Lihat pada video yang dikongsikan, kelihatan baju anak lelakinya yang baru berusia 7 tahun penuh dengan kesan contengan.

IKLAN
“Dia Speech Delay..” – Baju Penuh Kesan Conteng, Ibu Dakwa Anak Darjah 1 Dibuli

Difahamkan dari penjelasan ibu kepada anak lelakinya yang mempunyai masalah speech delay itu, kesan contengan itu diperlakukan oleh rakan sebayanya sendiri.

Bagaimanapun, hal terbabit telah pun dimaklumkan kepada guru kelas, tetapi tidak tahu tindakan lanjut apakah yang dilakukan kepada si pembuli.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya berasa marah kerana tidak sangka kanak-kanak mampu memperlakukan sedemikian kepada anak istimewa.

komen tiktok

Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan kepada si ibu agar memasukkan anaknya di kelas pendidikan khas agar anak akan rasa lebih selesa dan dilayan dengan baik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas