Trending
“Dia Pilih Jalan Ini” – Aaron Aziz Tak Akan Berbaik Dengan Sharina Richie Selepas Anak Terima Saman RM2 Juta
Aaron Aziz kecewa anak disaman RM2 juta oleh Sharina Richie. Katanya, “Kalau tak saman anak saya, mungkin saya maafkan.”
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa selepas pempengaruh media sosial, Sharina Richie, mengeluarkan notis tuntutan saman sebanyak RM2 juta terhadap anak perempuannya, Dwi Ariana.
Menurut laporan mStar, Aaron berkata dia tidak menyangka isu yang sepatutnya boleh diselesaikan secara baik kini melarat sehingga ke peringkat undang-undang.
Kalau dia (Sharina) tak hantar saman pada anak saya, mungkin saya akan maafkan dia. Tapi dia pilih jalan ini, ruang untuk berbaik itu sudah tiada. Sakit luka, tulang patah boleh dirawat, tapi bila mental kita sakit, ia sukar untuk diubati.
Emosi dan kerjaya terjejas

Aaron turut mendedahkan konflik tersebut memberi kesan besar kepada keluarganya, malah kerjayanya juga terjejas akibat kecaman netizen dan kehilangan kepercayaan beberapa pihak.
Total damage… Saya punya kontrak hampir ditarik, malah acara yang saya buat ramai kata nak boikot. Dua orang anak saya yang sedang belajar di luar negara hadapi tekanan dengan isu ini.
Tambahnya lagi, dia bimbang keadaan tersebut boleh menjejaskan kesihatan mental anak-anaknya, apatah lagi selepas menerima pelbagai komen negatif mengenai isteri dan keluarganya.
Saya tak sanggup lihat mereka alami anxiety atau depresi.
Diyana dedah tiada usaha untuk berdamai

Sementara itu, isteri Aaron, Datin Diyana Halik, berkata tiada sebarang usaha daripada pihak Sharina untuk berdamai atau menghubungi mereka.
Pihak sana tidak ada hubungi atau usaha cari kami, saya tak terima sebarang panggilan daripada pihak dia. Tapi netizen yang minta maaf sebab terlanjur kata banyak sangat.
Punca konflik

Konflik antara keluarga Aaron dan Sharina bermula selepas Sharina memuat naik video berbaur sensitif yang dikatakan menyinggung isu berkaitan Palestin.
Walaupun pempengaruh itu sudah memadam hantaran dan memohon maaf secara terbuka, keadaan bertambah tegang selepas nama anak Aaron turut disebut secara terbuka di media sosial.
Kini, Aaron menyerahkan sepenuhnya urusan undang-undang kepada peguam keluarganya untuk tindakan lanjut.
Pssttt! Setiap konflik boleh diselesaikan tanpa perlu menyeret keluarga dan anak-anak. Dalam dunia digital ini, berhati-hatilah dengan setiap perkongsian kerana kata-kata di media sosial boleh membawa padah di dunia nyata.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM